MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Ahad, Jun 30, 2013

Lelaki lebih terdedah dapat kanser

Lelaki lebih terdedah dapat kanser

2013/06/30 - 04:09:29 AM

London: Wanita berusia lewat 30-an dan awal 40-an menghadapi risiko dua kali ganda menghidap kanser.

Pengurus maklumat statistik Cancer Research United Kingdom, Nick Orminston-Smith memberitahu akhbar The Independent:


“Walaupun anda kemungkinan mendapat kanser payudara apabila berusia, ada sesetengah wanita muda yang menghidapnya.

Walaupun anda kemungkinan mendapat kanser payudara apabila berusia, ada sesetengah wanita muda yang menghidapnya” Nick Orminston-Smith, Pengurus maklumat statistik Cancer Research United Kingdom

“Secara keseluruhan, bagaimanapun, lelaki lebih terdedah mendapat kanser berbanding wanita pada semua peringkat usia.”

Kanser payudara adalah punca risiko penyakit itu meningkat di kalangan wanita berusia 35 dan 44 tahun, menurut data Pejabat Statistik Nasional (ONS).


Penyakit jenis ini mencatat 30.7 peratus untuk semua kes baru kanser direkodkan pada 2011.


Ketika laporan mendapati wanita mempunyai peluang tinggi mendapat kanser pada peringkat awal hidup, lelaki pula mempunyai risiko tinggi sepanjang hayat mendapat penyakit itu, kata kajian itu.


Bagi lelaki, kanser biasa di kalangan mereka adalah barah prostat, yang mencatat 25.6 peratus daripada kes baru.

Angka itu menunjukkan ada sedikit perbezaan antara lelaki dan wanita untuk kes kanser biasa lain yang dilaporkan.


Kanser paru-paru


Kanser paru-paru adalah jenis kedua paling lazim pada 2011, mencatat 13.8 peratus daripada kes baru di kalangan lelaki dan 11.6 peratus di kalangan wanita.


Kanser pundi kencing adalah ketiga paling biasa penyakit itu dengan kadar masing-masing 13.6 peratus dan 11.2 peratus di kalangan lelaki dan wanita.


Data juga menunjukkan individu lebih tua dan mereka yang tinggal di bahagian utara negara itu mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser.


Dalam kumpulan usia lebih tua, kadar kanser pada 2011 lebih tinggi di kalangan lelaki berbanding wanita – 37 peratus lebih tinggi dalam usia 65 hingga 69 dan 63 peratus lebih tinggi bagi mereka yang berusia 85 dan lebih.


Kanser disebabkan gaya hidup tidak sihat, seperti minum arak dan merokok, menyaksikan peningkatan sehingga dua pertiga sejak dekad lalu. - AGENSI

Sumber: Berita Harian Dunia