MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Jumaat, November 02, 2012

Malang tidak berbau ...


Dua konstabel maut digilis treler


IPOH - Dua anggota polis berpangkat konstabel yang sedang melakukan rondaan di kawasan Simpang Pulai di sini maut apabila motosikal ditunggangi mereka digilis sebuah treler di Jalan Lahat-Simpang Pulai malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Konstabel Mohd. Nor Adirizan Md. Desa maut di tempat kejadian selepas dia cedera parah pada keseluruhan anggota badan.
Rakan Nor Adirizan, Konstabel Mohd. Zaihasrul Reza Mohd. Zaini pula mati dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Kedua-dua anggota polis terbabit berusia 22 tahun dan masing-masing berasal dari Perlis dan Kedah.
Pemandu treler berusia 26 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai kemalangan itu.
Jurucakap polis berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-254 2222 bagi membantu siasatan.

Kosmo! Online - Negara

Dua konstabel maut digilis treler ... Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ... Terkorban ketika menjalankan tugas. Malang tidak barbau.

Buat anggota-anggota polis peronda bermotosikal diluar sana, persiapkan diri anda dengan pelan perlindu

ngan MAA Takaful. Dimana perlindungan sepenuhnya samada ketika bertugas ataupun tidak, anda dilindungi dibawah kelas pekerjaan
Police Force - Motorcycle Police
.

Jadi apa tunggu lagi, hubungi segera konsultan-konsultan Agensi Ikhwan berdekatan anda.