MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Ahad, November 17, 2013

Agensi Ikhwan bersama MAA Takaful Family Certificate Services



Tahniah Buat Marketing Head Perak, En Firdaus dan pasangannya Pn Maisarah ...


Strok serang orang muda ... punca kematian ketiga di Malaysia

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
Saban tahun, kira-kira 15 juta individu di seluruh dunia menderita kerana strok. Dianggarkan 50,000 rakyat Malaysia diserang strok setiap tahun. Angka itu bermaksud secara purata, seorang diserang strok bagi setiap 10 minit.
Menjelang 2020, kadar kematian disebabkan strok di dunia akan meningkat hampir dua kali ganda. Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2003 (WHO), punca utamanya ialah peningkatan jumlah warga emas dan kekurangan kawalan terhadap faktor risiko utama strok, terutama di negara kurang membangun.
Strok atau juga dikenali sebagai angin ahmar adalah punca kematian ketiga di Malaysia. Secara umumnya, penyakit ini bukan hanya memberi impak kepada kualiti kehidupan pesakit, malah ahli keluarga terdekat.

Antara strok biasa dikenal pasti adalah iskemia (beku), berdarah, serangan iskemia sementara (TIA) dan fibrilasi atrium (AF) yang dikaitkan dengan penyakit yang semakin membimbangkan itu. Setiap jenis serangan mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap pesakit dan penjaga.
Foto
Foto
Perunding Kardiologi dan Electrophysiologist, Institusi Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Razali Omar, berkata AF boleh menyebabkan jantung seseorang itu berdegup melebihi 200 hingga 300 kali dalam seminit.
Ia kerap terjadi dalam kalangan orang muda yang masih aktif bekerja, bersukan dan tiada masalah kesihatan (seperti diabetes atau tekanan darah tinggi). Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko diserang AF.

“Mereka yang berusia 40 tahun ke atas terdedah kepada penyakit ini, tetapi ia lebih banyak dihidapi individu berusia 60 tahun ke atas. Dengan AF, risiko mendapat strok meningkat kerana kebuk atas jantung seseorang (atrium) tidak mengecut dengan efektif yang menjejas kelancaran pengaliran darah dalam jantung.

“Ini menyebabkan darah bertakung dalam atrium dan apabila alirannya terganggu, pembekuan darah boleh berlaku. Darah beku yang terbentuk pada atrium boleh terpisah dan bergerak melalui arteri terus ke otak dan menyebabkan strok,” katanya ketika ditemui sempena Sambutan Hari Strok Sedunia anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di ibu negara baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Neurosains Malaysia, Prof Dr Hamidon Basri, berkata penyakit itu mampu mengubah kehidupan, emosi dan pergerakan fizikal dalam sekelip mata.

“Sesiapa saja boleh mendapat serangan strok termasuk individu paling penting dalam hidup anda. Kebanyakan rakyat Malaysia pernah mendengar dan tahu mengenainya tapi yang menyedihkan tidak pernah mengambil tahu kesan penyakit itu terhadap mereka.

“Kebanyakan individu tidak sedar akan peningkatan risiko dan potensi perubahan gaya hidup akibat strok. Terdapat beberapa langkah untuk mencegah strok. Antaranya peka terhadap faktor risiko seperti tekanan darah, kencing manis dan kolesterol.

“Banyakkan bersenam, mengekalkan diet seimbang misalnya kurangkan pengambilan alkohol, elakkan merokok selain meminimumkan risiko terkena strok,” katanya.

Pesakit kencing manis berisiko empat kali ganda. Paling penting ialah memastikan paras gula dalam darah dalam keadaan baik dengan pengawalan dan pemantauan yang kerap.

Dengan AF, risiko mendapat strok meningkat kerana kebuk atas jantung seseorang (atrium) tidak mengecut dengan efektif yang menjejas kelancaran pengaliran darah dalam jantung.

Ini menyebabkan darah bertakung dalam atrium dan apabila alirannya terganggu, pembekuan darah boleh berlaku. Darah beku yang terbentuk di atrium boleh terpisah dan bergerak melalui arteri terus ke otak dan menyebabkan strok.

AF juga boleh menyebabkan jantung seseorang itu berdegup melebihi 200 hingga 300 kali dalam seminit. Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko diserang AF. Mereka berusia 40 tahun ke atas terdedah kepada penyakit ini, tetapi ia lebih banyak dihidapi individu berusia 60 tahun ke atas.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia

Angin ahmar

Strok atau angin ahmar dibahagikan kepada dua jenis:

1. Strok Infarcts: 
  • Dikenali juga sebagai strok ischaemic iaitu pengaliran darah ke otak berkurangan disebabkan arteri (saluran darah) sempit.

  • Ia disebabkan darah beku yang menyekat arteri yang membekalkan darah ke otak.

  • Ada dua jenis darah beku yang menyebabkan sekatan arteri:

    a. Thrombus, iaitu darah beku berbentuk plak, bahan melekit mengandungi lemak dan kolesterol pada dinding arteri.

    b. Embolus, darah beku yang bergerak dalam saluran darah. Berpunca dari bahagian lain seperti jantung atau arteri bahagian bawah yang kemudian menyekat laluan arteri yang membawa darah ke otak.

2. Cerebal hamorrhage (pendarahan):

  • Ia berlaku apabila salur darah dalam mana-mana bahagian otak lemah dan pecah.

  • Apabila pecah, darah masuk ke otak pada tekanan tinggi dan boleh mengakibatkan pemampatan tisu dalam otak. Tekanan ini boleh menyebabkan kehilangan bekalan darah ke tisu di sekeliling otak.

  • Strok biasanya berlaku secara tiba-tiba dan tidak ada amaran. Ini bergantung kepada kawasan otak yang terjejas. 

    Lebih luas otak terjejas, semakin besar kerosakan dan lebih banyak fungsi otak juga akan rosak.
Apakah AF

  • Apabila ritma denyutan jantung tidak normal.

  • Degupan jantung tidak teratur.

  • Kadar degupan jantung sangat pantas iaitu 350-700 seminit.

  • Atrium tidak mengecut dengan efektif.

Individu atau pesakit yang terdedah kepada AF

  • Darah tinggi

  • Diabetes

  • Paru-paru

  • Tiroid

  • Buah pinggang

  • Sesak nafas

  • Obesiti Sebab terjadi AF

  • Mereka yang mempunyai sejarah sakit jantung.

  • Individu yang minum arak atau alkohol dan pneumonia.

Gejala AF

  • Jantung berdebar

  • Lesu

  • Sakit dada

  • Pening kepala

  • Pengsan

  • Sesak nafas

Faktor risiko AF

  • Usia: Lazimnya semakin usia bertambah, risiko AF meningkat.

  • Gender: AF lebih banyak dihidapi lelaki berbanding wanita.

  • Keadaan jantung: Masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung berfungsi.

  • Faktor lain: Diabetes dan darah tinggi

Fibrilasi atrium (AF)

  • AF adalah masalah daripada ruang atas dalam jantung, biasanya pada atrium sebelah kanan.

  • Ia membabitkan vena di bahagian pulmonari yang membawa darah diperkaya oksigen daripada paru-paru.

  • Untuk sampai ke bahagian pulmonari, dilakukan dengan memasukkan kateter melalui kaki pesakit sebelum kateter dipandu ke kawasan itu dan dengan sejumlah tenaga radiofrekuensi yang terkawal ia berupaya memusnahkan tisu kardiak.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/17Sumber: Metro Ahad

Sabtu, November 16, 2013

Agensi Ikhwan ALDP 3 ... Grand BOP Ipoh

Grand BOP Ipoh yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar ALDP Module 3 yang berlangsung Tower Regency Hotel Ipoh dengan speaker jemputan En Zamri Bin Yahya ...




Khamis, Oktober 31, 2013

Khamis, Oktober 24, 2013

Tahniah Agensi Ikhwan
Beijing KEB 2013

Qualifiers:
Tuan Haji Abu Hassan Bin Haji Abdul Karim
Puan Hajjah Zawiyah Binti Haji Taha
CIk Nurul Hidayati Binti Haji Abu Hassan
Encik Muhammad Haniff Bin Haji Abu Hassan
Encik Muhammad Taufiq Bin Haji Abu Hassan
Tuan Syed Azizi Bin Syed Mohamad
Encik Zulfadli Bin Johari
Puan Faridah Binti Sh Endun
Encik Amin Bin Yunus
Puan Norfaizah Binti Zabidi


Isnin, September 30, 2013

Jumaat, September 27, 2013

Kanser Kolorektum

Rawatan kanser kolorektum

Dianggarkan seorang dalam 33 orang rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser kolorektum atau kanser kolon, iaitu pertumbuhan sel-sel barah di usus besar (kolon) dan rektum.
Ini menjadikannya bentuk kanser kedua paling biasa yang dihidapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini.
Kira-kira 50 hingga 60 peratus pesakit kanser kolorektum akan mengalami metastasis, di mana proses sel kanser merebak ke tisu yang lebih jauh.
Sebaik sahaja kanser kolorektum ini merebak ke bahagian lain dalam badan, kadar hayat atau survival pesakit merosot dengan teruk.
Sebagai kanser ketiga paling umum di dunia dengan anggaran 1.23 juta orang disahkan menghidapnya pada tahun 2008, terdapat keperluan yang belum dapat dipenuhi bagi pilihan rawatan yang berkesan bagi kanser kolorektum dengan metastasis peringkat terlalu lanjut.
Menurut Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Onkologi Klinikal, Pusat Pakar Beacon International di Petaling Jaya, Selangor, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim Wahid, kebanyakan pesakit kanser kolon (barah usus besar) mengesan penyakit ini hanya di peringkat lanjut apabila kadar survival lima tahun adalah kurang daripada 10 peratus.
Kata beliau, pilihan rawatan untuk pesakit kanser kolorektum dengan metastasis peringkat lanjut adalah terhad terutama sekali selepas tiada lagi pendekatan standard.
''Pilihan rawatan seperti pengambilan regorafenib (ubat orang yang biasa digunakan untuk merawat kanser kolon dan sedang dalam kajian bagi kegunaan ke atas lain-lain jenis kanser lain) pasti akan dialu-alukan kerana pesakit mempunyai lebih banyak masa berharga bersama mereka yang tersayang.
" Sebagai ubat oral, regorafenib juga memberi kelebihan tambahan berbanding rawatan intravena lain yang selama ini boleh didapati oleh pesakit,'' ujar Dr. Mohamed Ibrahim yang ditemui pada majlis pelancaran Stivarga (nama dagang bagi regorafenib) baru-baru ini.
Sementara itu, Bayer HealthCare menawarkan harapan baru kepada lebih 1,000 orang rakyat yang dianggarkan menghidap kanser kolorektum setiap tahun dengan pelancaran Stivarga (regorafenib) baru-baru ini.
Stivarga adalah ubat oral (pengambilan melalui mulut) pertama yang dikatakan membantu meningkatkan peluang survival atau kelangsungan hidup pesakit yang menghidap kanser kolorektum peringkat lanjut.
Kelulusan bagi pil Stivarga di Malaysia membawa harapan baru kepada pesakit kanser kolorektum peringkat lanjut yang sebelum ini menerima rawatan standard.
Stivarga telah diluluskan untuk kegunaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Jun 2013 bagi merawat kanser kolorektum dengan metastasis peringkat lanjut.
Kelulusan Stivarga adalah berdasarkan keputusan positif daripada ujian Fasa 111 Correct (Kanser kolorektum dirawat dengan Regorafenib atau placebo selepas kegagalan terapi standard) yang menjadi tanda aras global, membabitkan 760 orang pesakit, dengan 15 peratus daripada mereka adalah dari Asia.
Kajian Correct menunjukkan bahawa rawatan dengan regorafenib yang ditambah penjagaan sokongan terbaik dapat meningkatkan kadar survival secara keseluruhan dan menyekat penularan penyakit, berbanding pesakit kanser kolorektum metastasis yang bertambah teruk selepas menjalani rawatan standard diluluskan yang mengambil plasebo.
Menurut Pakar Onkologi Perubatan dari Melbourne, Australia, Dr. Peter Gibbs, kajian Correct telah menunjukkan keupayaan regorafenib untuk meningkat kawalan tumor dan kadar survival sebilangan besar pesakit yang sebelum ini tidak mempunyai pilihan rawatan.
''Ini adalah satu kemajuan penting dalam rawatan kanser kolorektum peringkat lanjut,'' ujar beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130924/kn_02/Rawatan-kanser-kolorektum#ixzz2g2JcaDo1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, September 23, 2013

Rebut peluang bidang insurans

Kuala Lumpur: Golongan belia Bumiputera perlu merebut peluang menceburi kerjaya di bidang insurans kerana pulangannya cukup menguntungkan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, di Malaysia kadar penembusan pasaran insurans masih rendah, sekali gus membuka peluang luas kepada individu dalam industri berkenaan.

“Walaupun Bumiputera menjadi majoriti di Malaysia iaitu mencecah 18 juta daripada 29 juta rakyat, jumlah ejen insurans hayat masih rendah. Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Kamaluddin Ahmad berkata, kadar penembusan pasaran insurans yang rendah adalah sesuatu yang positif.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII) Khatijah Abdullah berkata, penganjuran konvensyen berkenaan yang sudah masuk tahun ketujuh diharap dapat merangsang profesionalisme dan pengetahuan ejen insurans.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/22Sumber: Harian Metro

Hanya 41 peratus miliki insurans hayat

KUALA LUMPUR: “Setakat ini hanya 41 peratus rakyat di negara ini memiliki insurans hayat. Ini menunjukkan tahap kesedaran mereka mengenai pentingnya insurans masih kurang,” kata Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (PIHM), Md Adnan Md Zin, yang melahirkan rasa kebimbangan terhadap kurangnya kesedaran rakyat Malaysia untuk membeli insurans hayat.
Katanya, daripada 28 juta rakyat negara ini, hanya 11 juta daripada mereka memiliki insurans hayat.
“Daripada 11 juta kita mendapati 30 peratus atau hanya 3.3 juta pembeli adalah orang Melayu. Ini juga bermaksud bahawa kesedaran orang Melayu untuk membeli insurans hayat berada di tahap yang membimbangkan,” katanya ketika hadir ke pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di sini, bagi mengadakan hubungan kerjasama mengenai kepentingan insurans, semalam.

Difahamkan, PIHM akan menyumbangkan artikel mengenai kepentingan insurans kepada akhbar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times (NST) seminggu sekali selama 15 minggu bagi memberikan kesedaran kepada pembaca mengenai keperluan insurans.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/26Sumber: Harian Metro

Ahad, September 22, 2013

Sabtu, September 07, 2013

Isnin, Ogos 05, 2013

Billboard MAA Takaful di Seri Manjung

Seluruh warga Agensi Ikhwan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi MAA Takaful diatas meluluskan pemasangan papan iklan di Seri Manjung untuk tahun 2013.

TERIMA KASIH







Fund Fact Sheet June 2013









Ahad, Jun 30, 2013

Jemaah haji dan umrah berusia lebih 50 tahun terdedah kepada pneumonia ketika menunaikan ibadat wajib ini ...

Pneumonia sukar dikesan

Di peringkat global, penyakit pneumokokal diiktiraf sebagai punca utama kesakitan dan kematian di seluruh dunia menyebabkan 1.6 juta kematian setiap tahun.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terbaru yang diterbitkan pada April 2011, kematian akibat influenza dan pneu- monia di Malaysia mencecah angka 9,417 atau 9.20 peratus daripada jumlah kematian yang juga punca kematian ketiga di belakang sakit jantung koronari dan strok.

Pengarah Institut Perubatan Respirotari, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif berkata, 90 peratus kematian disebabkan pneumonia atau radang paru-paru berlaku kepada mereka berusia 65 tahun ke atas, selain kanak-kanak berusia bawah lima tahun.


“Penyakit ini sukar dikesan lebih awal kerana simptomnya sama dengan demam dan selesema. Kanak-kanak bawah lima tahun dan orang dewasa lebih 65 tahun antara yang berdepan risiko tinggi dijangkiti penyakit ini, manakala golongan individu lanjut usia pula paling ramai diserang pneumonia setiap tahun.

“Pada 2002, hampir 65,000 orang meninggal dunia akibat pneumonia di peringkat global dan 90 peratus daripada kematian membabitkan golongan berusia.

“Pelbagai faktor mendorong penularan penyakit pneumokokal dalam kalangan warga tua, termasuk masalah perubatan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pneumonia, selain sakit jantung kronik, masalah paru-paru seperti sekatan pulmonari kronik atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD), asma, penyakit ginjal atau hati, kanser dan diabetes (kencing manis),” katanya.


Menurutnya, selain warga tua, jemaah haji dan umrah berusia lebih 50 tahun terdedah kepada pneumonia ketika menunaikan ibadat wajib ini.

Penyelidikan mengesahkan pneumonia adalah punca utama kemasukan ke hospital ketika musim haji dengan kadar kemasukan hospital 19.7 peratus.


Ibadat haji dikerjakan berjuta-juta orang dari serata dunia yang berkumpul di kawasan khusus untuk tempoh masa tertentu, sekali gus memudahkan penyebaran penyakit berjangkit.

“Memandangkan pneumonia merebak di kalangan manusia menerusi titisan pernafasan daripada bersin atau batuk, musim haji mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penyebaran penyakit.

“Walaupun berbahaya, penyakit pneumokokal ialah punca kematian yang boleh dicegah menerusi vaksin. Kejayaan besar dicapai dalam bidang pemvaksinan sejak dipelopori dua abad lalu.

“Vaksin dihasilkan bukan saja berjaya menjauhkan penyakit, tetapi juga kaedah melindungi kesihatan awam yang menjimatkan kos.

“Lebih 30 penyakit berjangkit umum dicegah menerusi program imunisasi, dan vaksin membantu menghindari kehilangan upaya jangka panjang selain mencegah 2.5 juta kematian setahun,” katanya.

Pemvaksinan adalah kaedah paling berkesan untuk memerangi penyakit pneumokokal dan kemajuan berterusan dicapai dalam pembangunan vaksin pneumokokus untuk meningkatkan perlindungan lebih banyak kumpulan berisiko dan terhadap strain (keturunan) tambahan penyakit.

Manfaat pemvaksinan melebihi kos yang dikaitkan dengan pembangunan dan pemberiannya. Ia juga pilihan yang menjimatkan kos kerana mampu mencegah penyakit dan kemasukan di hospital selain mengurangkan kos rawatan, penjagaan dan pemulihan.

Sebab itu imunisasi sangat penting untuk mencegah penyakit pneumokokal dan pelbagai penyakit lain yang mengancam nyawa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perubatan dan Unit Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Christopher Lee berkata, faktor luaran seperti merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan keadaan hidup seperti menghuni untuk jangka panjang di rumah penjagaan juga boleh melemahkan fungsi sistem imunisasi, menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko jangkitan dan meningkatkan kebarangkalian mengalami kerumitan serta kematian.

“Warga tua menghadapi risiko lebih tinggi dijangkiti pneumonia menerusi sentuhan dengan cucu mereka yang pergi ke tadika dan juga melalui pergaulan.

“Pneumonia perolehan masyarakat ialah pneumonia yang dijangkiti akibat pergaulan dengan orang ramai. Walaupun organisma menyebabkan gejala ini lazimnya kurang berbahaya berbanding pneumonia yang diperoleh di hospital atau unit rawatan rapi, masalah perubatan ini masih dianggap serius dan semakin menular,” katanya.

Penyakit pneumokokal yang menyebabkan pneu- monia dan penyakit invasif lain adalah antara punca kesakitan utama dalam kalangan golongan dewasa seluruh dunia dengan lebih separuh kejadian penyakit ini dilaporkan di Asia.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kadar warga tua (berusia 60 tahun dan ke atas) di rantau ini dijangka meningkat daripada 9.9 peratus pada 2010 kepada 23.6 peratus pada 2050.

Ia adalah sekumpulan penyakit rumit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae (S. pneumoniae), dengan lebih 90 serotaip (strain) bakteria yang dikenali setakat ini walaupun hanya sebilangan kecil menyebabkan sebahagian besar kejadian penyakit di seluruh dunia.

Satu kes strok setiap 10 minit

Satu kes strok setiap 10 minit

Saban tahun, kira-kira 15 juta individu di seluruh dunia menderita kerana strok. Dianggarkan 50,000 rakyat Malaysia diserang strok setiap tahun. Angka itu bermaksud secara purata, seorang diserang strok bagi setiap 10 minit.

Menjelang 2020, kadar kematian disebabkan strok di dunia akan meningkat hampir dua kali ganda.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2003 (WHO), punca utamanya ialah peningkatan jumlah warga emas dan kekurangan kawalan terhadap faktor risiko utama strok, terutama di negara kurang membangun.

Strok atau juga dikenali sebagai angin ahmar adalah punca kematian ketiga di Malaysia. Secara umumnya, penyakit ini bukan hanya memberi impak kepada kualiti kehidupan pesakit, malah ahli keluarga terdekat.
Foto
AZHARI (kiri), Omar (dua dari kiri), Sim (tengah), Jeyaindran (dua dari kanan) dan Hamidon bersama buku khas untuk pesakit AF strok.

Strok adalah kerosakan fungsi otak secara tiba-tiba yang disebabkan sama ada kekurangan pengaliran darah ke otak atau pendarahan di dalam otak.

Penyakit ini boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu yang berlaku selepas pendarahan otak dan strok yang bukan berpunca daripada pendarahan (strok infark). Biasanya strok pendarahan berlaku secara tiba-tiba tanpa isyarat.


Ia lebih berbahaya berbanding strok bukan pendarahan kerana serangannya boleh menyebabkan ajal, manakala peluang pemulihan sepenuhnya tipis.


Pengerusi Atrial Fibrillation Strike Out Stroke (AF sos) Malaysia, Dr Sim Kui Hian berkata, kerajaan dijangka menanggung kos rawatan hampir RM278 juta untuk penghidap penyakit itu dan ia membabitkan 2.13 peratus daripada perbelanjaan yang diperuntukkan untuk kesihatan oleh kerajaan pada 2008.


“Sebenarnya penyakit strok boleh dielakkan melalui pengawalan faktor risiko, iaitu tekanan darah tinggi atau hipertensi.


“Pesakit kencing manis berisiko empat kali ganda, manakala faktor risiko strok lain yang boleh dihindari ialah tabiat merokok, kandungan kolesterol tinggi dan mengalami masalah atrial fibrillation (AF) iaitu degupan jantung tidak tetap.


“Perkara paling penting ialah memastikan paras gula dalam darah dalam keadaan baik dengan pengawalan dan pemantauan yang kerap.


“Pesakit kencing manis mesti mengawal diet, bersenam dan mencapai berat badan sesuai jika mereka berat badan berlebihan dan mengambil ubat untuk kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi dengan teliti mengikut arahan doktor,” katanya ketika melancarkan buku panduan pesakit strok Strike Out in Malaysia di ibu negara.


Buku khusus untuk pesakit strok itu ditulis khas oleh tujuh pakar bertauliah yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan ia hasil kerjasama Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Neurosains Malaysia.


Dengan AF, risiko mendapat strok meningkat kerana kebuk atas jantung seseorang (atrium) tidak mengecut dengan efektif yang menjejas kelancaran pengaliran darah dalam jantung.


Ini menyebabkan darah bertakung dalam atrium dan apabila alirannya terganggu, pembekuan darah boleh berlaku. Darah beku yang terbentuk di atrium boleh terpisah dan bergerak melalui arteri terus ke otak dan menyebabkan strok.


Presiden Persatuan Neurosains Malaysia, Prof Dr Hamidon Basri berkata, AF antara simptom paling biasa menyebabkan berlakunya strok di kalangan masyarakat.


“Antara simptom AF adalah berdebar, keletihan, sakit dada, pengsan, sukar bernafas, pening dan sebagainya. Pesakit yang menghidap AF juga berisiko lima kali ganda untuk mendapat strok ischaemic iaitu pengaliran darah ke otak berkurangan disebabkan arteri (saluran darah) sempit atau tersumbat.


“Ia disebabkan darah beku yang menyekat arteri yang membekalkan darah ke otak. Ada dua jenis darah beku yang menyebabkan sekatan arteri iaitu thrombus dan embolus,” katanya.


Jelasnya, AF boleh menyebabkan jantung seseorang itu berdegup melebihi 200 hingga 300 kali dalam seminit. Satu ketika dulu, AF tidak dilihat sebagai masalah yang mengancam nyawa dan ia kerap dikesan pada orang tua.


“Namun hari ini, AF turut dikesan pada golongan seawal usia 14 tahun. Selain itu, ia kerap terjadi di kalangan orang muda yang masih aktif bekerja, bersukan dan tiada masalah kesihatan (seperti diabetes atau tekanan darah tinggi),” katanya.


Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko diserang AF. Mereka yang berusia 40 tahun ke atas terdedah kepada penyakit ini, tetapi ia lebih banyak dihidapi individu berusia 60 tahun ke atas.


Apabila didiagnos, rawatan AF adalah memberi tumpuan kepada rawatan kadar kawalan irama dan antikoagulan.


Antikoagulan paling penting kerana ia melindungi pesakit AF daripada darah beku yang boleh bergerak dari jantung ke otak serta menyebabkan strok.

Ia berkesan untuk mencegah strok pada pesakit yang menghidap AF dan ia rawatan standard sejak separuh abad lalu.

Bagaimanapun, wujud banyak had dalam penggunaannya seperti pesakit perlu mengawal ketat diet mereka kerana warfarin bertindak balas dengan banyak jenis makanan lazim serta ubatan lain.


Pengambilan warfarin juga memerlukan pesakit ke hospital dengan kerap bagi menjalani pemantauan serta mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari untuk mendapatkan kesan antitrombotik yang stabil.


Turut hadir Perunding Kanan Kardiologi dan Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan, Datuk Dr Azhari Rosman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai dan Ketua Perkhidmatan Kardiologi KKM, Datuk Dr Omar Ismail.


Apakah AF?


  • Apabila ritma denyutan jantung tidak normal.
  • Degupan jantung tidak teratur.
  • Kadar degupan jantung sangat pantas iaitu 350-700 seminit.
  • Atrium tidak mengecut dengan efektif.

    Individu atau pesakit yang terdedah kepada AF
  • Darah tinggi
  • Diabetes
  • Paru-paru
  • Tiroid
  • Buah pinggang
  • Sesak nafas
  • Obes

    Sebab terjadi AF
  • Mereka yang mempunyai sejarah sakit jantung.
  • Individu yang minum arak atau alkohol dan pneumonia.

    Gejala AF
  • Jantung berdebar
  • Lesu
  • Sakit dada
  • Pening kepala
  • Pengsan
  • Sesak nafas

    Faktor risiko AF
  • Usia: lazimnya semakin usia bertambah, risiko AF meningkat.
  • Gender: AF lebih banyak dihidapi lelaki berbanding wanita.
  • Keadaan jantung: Masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung berfungsi
  • Faktor lain: Diabetes dan darah tinggi

  • Sumber: Harian Metro Sihat

    Lelaki lebih terdedah dapat kanser

    Lelaki lebih terdedah dapat kanser

    2013/06/30 - 04:09:29 AM

    London: Wanita berusia lewat 30-an dan awal 40-an menghadapi risiko dua kali ganda menghidap kanser.

    Pengurus maklumat statistik Cancer Research United Kingdom, Nick Orminston-Smith memberitahu akhbar The Independent:


    “Walaupun anda kemungkinan mendapat kanser payudara apabila berusia, ada sesetengah wanita muda yang menghidapnya.

    Walaupun anda kemungkinan mendapat kanser payudara apabila berusia, ada sesetengah wanita muda yang menghidapnya” Nick Orminston-Smith, Pengurus maklumat statistik Cancer Research United Kingdom

    “Secara keseluruhan, bagaimanapun, lelaki lebih terdedah mendapat kanser berbanding wanita pada semua peringkat usia.”

    Kanser payudara adalah punca risiko penyakit itu meningkat di kalangan wanita berusia 35 dan 44 tahun, menurut data Pejabat Statistik Nasional (ONS).


    Penyakit jenis ini mencatat 30.7 peratus untuk semua kes baru kanser direkodkan pada 2011.


    Ketika laporan mendapati wanita mempunyai peluang tinggi mendapat kanser pada peringkat awal hidup, lelaki pula mempunyai risiko tinggi sepanjang hayat mendapat penyakit itu, kata kajian itu.


    Bagi lelaki, kanser biasa di kalangan mereka adalah barah prostat, yang mencatat 25.6 peratus daripada kes baru.

    Angka itu menunjukkan ada sedikit perbezaan antara lelaki dan wanita untuk kes kanser biasa lain yang dilaporkan.


    Kanser paru-paru


    Kanser paru-paru adalah jenis kedua paling lazim pada 2011, mencatat 13.8 peratus daripada kes baru di kalangan lelaki dan 11.6 peratus di kalangan wanita.


    Kanser pundi kencing adalah ketiga paling biasa penyakit itu dengan kadar masing-masing 13.6 peratus dan 11.2 peratus di kalangan lelaki dan wanita.


    Data juga menunjukkan individu lebih tua dan mereka yang tinggal di bahagian utara negara itu mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser.


    Dalam kumpulan usia lebih tua, kadar kanser pada 2011 lebih tinggi di kalangan lelaki berbanding wanita – 37 peratus lebih tinggi dalam usia 65 hingga 69 dan 63 peratus lebih tinggi bagi mereka yang berusia 85 dan lebih.


    Kanser disebabkan gaya hidup tidak sihat, seperti minum arak dan merokok, menyaksikan peningkatan sehingga dua pertiga sejak dekad lalu. - AGENSI

    Sumber: Berita Harian Dunia