MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Rabu, April 06, 2011

Berita Harian Online | Tambang haji musim 1432 Hijrah kekal RM9,980

Berita Harian Online | Tambang haji musim 1432 Hijrah kekal RM9,980

GURUN: Kerajaan memutuskan tambang haji bagi musim 1432 Hijrah tahun ini kekal pada kadar RM9,980 selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, kadar itu hanya bagi bakal haji yang menunaikan ibadah itu kali pertama, manakala bagi mereka yang menunaikannya kali kedua dan seterusnya akan dikenakan kadar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengumumkannya di sini, semalam, berkata tahun lalu Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) terpaksa menanggung kenaikan kos sebanyak RM65 juta dan jumlah itu dijangka bertambah tahun ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan kadar lama.
“Dengan keputusan (kekal kadar lama) ini, kerajaan menanggung kenaikan subsidi RM4,360 bagi setiap seorang bakal haji baru, berbanding hanya RM3,060 subsidi ditanggung pada musim haji lalu.

“Kadar ini masih rendah berbanding beberapa negara Asia lain, termasuk Thailand yang mengenakan sekitar RM14,000 bagi setiap bakal haji, Singapura (RM16,000), Brunei (RM17,000) dan Indonesia antara RM10,000 dan RM14,000 mengikut tempat.

“Kita mengambil kira pelbagai faktor semasa seperti keperluan dan kebajikan rakyat selain prestasi kewangan Tabung Haji tahun lalu sebelum memutuskan untuk mengekalkannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gurun di sini, semalam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, Kerajaan Arab Saudi juga sudah meluluskan untuk menambah keluasan bagi penginapan setiap bakal haji kepada empat meter persegi seorang, berbanding 3.5 meter persegi sebelum ini.