MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Ahad, Februari 03, 2013

Tambang kekal RM9,980, kos meningkat RM15,555

Tambang untuk tunaikan haji kekal RM9,980

KUANTAN - Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah yang mengerjakan ibadat itu buat kali pertama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia ada sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekalipun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas.
"Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. Tahun lalu, kos seorang jemaah ialah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang.
"Tetapi atas sifat kemurahan TH melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh pendeposit haji pada Khamis ini.
"Pada masa ini terdapat dana berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan umumkan bonus dan dividen pendeposit Khamis depan," katanya.
Kosmo! Online - Negara