MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Ahad, Oktober 14, 2012

Sejuta rakyat Malaysia tunggu giliran tunai haji


Sejuta rakyat Malaysia tunggu giliran tunai haji


MEKAH - Tabung Haji akan tetap memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia yang berusia 70 tahun ke atas untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci walaupun jumlah mereka yang menunggu giliran kini sudah mencecah satu juta orang.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, daripada senarai menunggu giliran itu, kira-kira 12,000 adalah mereka yang berusia 75 tahun ke atas dan ini merupakan jumlah yang agak besar.
"Tabung Haji bagaimanapun telah mengambil langkah untuk mempercepatkan proses dan keutamaan diberikan untuk golongan ini menunaikan haji pada tahun ini dan tahun-tahun terdekat," katanya semasa menyaksikan proses temu duga program warga emas di maktab jemaah haji Malaysia di Hotel Land Premnium, Misfalah di sini semalam.
Katanya, untuk musim haji tahun ini, 3,400 daripada 28,000 jemaah terdiri daripada mereka yang berusia 70 tahun ke atas.
Daripada kumpulan itu, katanya, Tabung Haji memberikan perhatian khusus kepada 400 jemaah yang sudah mencecah umur 80 tahun.
Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, setiap warga emas yang terpilih dalam temu duga itu akan dibantu oleh seorang petugas Tabung Haji.
Ujarnya, 50 petugas bertanggungjawab menjaga keperluan warga emas berkenaan sepanjang berada di Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. - Bernama

Kosmo! Online - Negara