MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Selasa, Disember 28, 2010

MAA Takafulink Hajj

TAKAFULINK HAJJ – PELABURAN UNTUK KEHIDUPAN ANDA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Mengerjakan Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang kelima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan.

Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)." (Surah Ali Imran, Ayat 97).

Sehingga ke hari ini berjuta-juta umat Islam terus menjawab panggilan Nabi Ibrahim (alaihis salaam) untuk mengerjakan Haji. Mungkin tahun ini, anda adalah salah satu di antara mereka yang menjawab panggilan Haji. Untuk menunaikannya, anda perlu mempersiapkan diri secara mental, spiritual dan paling utama dari segi KEWANGAN.

Kini perjalanan anda ke arah mengerjakan haji dan juga melindungi orang-orang yang dikasihi akan diuruskan dengan MAA Takafulink HAJJ!