MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Sabtu, November 20, 2010

Tahukah Anda ... MAA Takaful CancerCare ... satu keperluan

Tahukah Anda ...

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat. Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.


Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.


Jaminan kewangan membantu menentang kanser

Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan. Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.

Sertailah Sekarang


Mengenai MAA Takaful CancerCare

CancerCare ialah pelan perubatan yang menyediakan bayaran manfaat sekali gus jika orang dilindungi menghidap Kanser dan Kanser atau Karsinoma In Situ (CIS) Khusus Jantina. Selain itu, kami juga memudahkan tuntutan dibuat bagi belanja pengebumian.

Jumlah Perlindungan Untuk Kanser: RM 100,000.00 sehingga RM 500,000.00