MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Khamis, Jun 13, 2013

MAA Takaful Yakin Raih RM80juta tahun 2013 ...


Lawatan Kerja VP ke Agensi Ikhwan



Lawatan kerja mengejut, Vice President MAA Takaful Bhd, Tuan Saiful Nizam Esahak, ke Pejabat Urusan Agensi Ikhwan Seri Manjung. Kehadiran Tuan VP disambut oleh CMC, Tuan Haji Abu Hassan, MC En Yuziasril, MC En Farin dan EC En Syed Azizi.

Terima kasih di atas kesudian tuan.

Selasa, Jun 04, 2013

Bersama Puan Maisara & Puan Norlaila ...


Puan Maisara (Family Underwritting) & Puan Norlaila (Family Claims) hadir diatas jemputan MAA Takaful Ipoh untuk satu sessi taklimat berkaitan proses di underwritting dan proses tuntutan pelanggan kepada konsultant-konsultant Perak. Hadir sama Northern Regional Head, En Shahrul Nizam, Marketing Head Perak, En Firdaus, CMC Agensi Ikhwan, Tuan Haji Abu Hassan dan MC Agensi Ikhwan, En Yuziasril.

Jumaat, Mei 31, 2013

Kunjungan Pertama Marketing Head Perak


Agensi Ikhwan menerima kunjungan pertama Tuan Firdaus, Marketing Head Perak. Terima kasih kerana tuan sudi berkunjung ke pejabat kami. Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran tuan di dalam agensi kami.

Terima kasih.

Khamis, Mac 28, 2013

Pencapaian Terbaik Agensi Ikhwan untuk 2012 ...

TAHNIAH

Agensi Ikhwan
MILLION DOLLAR AGENCY
Cik Nurul Hidayati Binti Haji Abu Hassan
TOP 10 CONSULTANT
Tuan Haji Abu Hassan Bin Haji Abdul Karim
SILVER LEADER CHIEF MANAGING CONSULTANT
Puan Hajjah Zawiyah Binti Taha
GOLD AGENCY BUILDER
En Yuziasril Bin Haji Buyong Basri
SILVER AGENCY BUILDER



Rabu, Februari 06, 2013

Perjumpaan Kedua bersama En Wan Mohd Fadhlan

Perjumpaan Kedua Agensi Ikhwan, 05 Feb 2013, 6.30 petang hingga 10.30 malam, dengan kehadiran En Wan Mohd Fadhlan bersama rakan En Safwan untuk sessi taklimat perkara-perkara terbaru sebagai persediaan menghadapi perubahan yang akan dilaksanakan oleh MAA Takaful bermula 1 Mac 2013. Tahniah kepada semua konsultan yang hadir dengan kehadiran hampir 50 orang. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Agensi Ikhwan untuk jamuan makan malam.





Ahad, Februari 03, 2013

Tambang kekal RM9,980, kos meningkat RM15,555

Tambang untuk tunaikan haji kekal RM9,980

KUANTAN - Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah yang mengerjakan ibadat itu buat kali pertama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia ada sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekalipun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas.
"Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. Tahun lalu, kos seorang jemaah ialah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang.
"Tetapi atas sifat kemurahan TH melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh pendeposit haji pada Khamis ini.
"Pada masa ini terdapat dana berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan umumkan bonus dan dividen pendeposit Khamis depan," katanya.
Kosmo! Online - Negara

Jumaat, Disember 21, 2012

Penyerahan Cek 'Death Claim'


Penyerahan cek tuntutan kematian Allahyarham Mohamad Rosli Bin Yaacob yang dihibahkan kepada balunya, Puan Zakiah Binti Haji Abd Latif, berlangsung di Wisma MAA Takaful Bhd Sg Petani, disaksikan oleh Tuan Hasbullah Mohamad, Marketing Head Northern Region dan diserahkan oleh EC Ustaz Haji Ahmad Nadzri Bin Yaacob, Agensi Ikhwan. Allahyarham adalah salah seorang pelanggan Agensi Ikhwan yang baru 5 bulan mencarum dengan MAA Takaful dalam pelan MAA Takafulink dengan nilai caruman RM100 sebulan. Allahyarham kembali kerahmatullah akibat penyakit barah paru-paru dikala usia 46 tahun. Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah