MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Kewangan Anda

MAA Takaful Bhd - Agensi Ikhwan ... Perunding Takaful Anda ... Takaful Keluarga - Takaful Kesihatan - Takaful Am

Sabtu, Januari 29, 2011

Bonus Tabung Haji 2010 5.5% ...


myMetro | Bonus 5.5%

Petikan daripada Harian Metro, 29 Januari 2011, Sabtu ...

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus pendeposit selepas zakat sebanyak 5.5 peratus membabitkan pembayaran sebanyak RM1.33 bilion bagi tahun lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor berkata, jumlah bayaran itu melonjak 24 peratus berbanding RM1.07 bilion pada 2009.


Katanya, sungguhpun profil pelaburan TH hanya terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah, kadar deposit yang diberikan boleh disifatkan sangat kompetitif.

“Tahun lalu, TH membuat pembayaran bonus selepas pengiraan zakat sebanyak lima peratus bagi keuntungan 2009 dan untuk 2010, TH menambah bayaran bonus sebanyak 0.5 peratus lagi.


“Jika dibandingkan kadar pulangan daripada akaun deposit tetap perbankan Islam, TH masih menawarkan pulangan lebih menarik,” katanya ketika mengumumkan bonus pendeposit TH 2010 di Kuala Lumpur, semalam.


Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail.

engulas lanjut, Abi Musa berkata, TH meneruskan kecemerlangan prestasi kewangan sangat membanggakan pada 2010 apabila mencatat keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion bagi empat tahun berturut-turut.


“TH sekali lagi mencatat sejarah apabila meraih pendapatan melebihi RM2 bilion tahun lalu, meningkat sebanyak 17 peratus atau RM305 juta yang dicatat pada 2009.

“Pendapatan TH sejak 2006 berkembang sejajar dengan pertumbuhan saiz dana pendeposit,” katanya.


Beliau berkata, peningkatan pendapatan itu sebahagian besarnya disumbangkan sumber utama membabitkan pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 65 peratus.


“Sebanyak 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus keuntungan urusniaga saham. Penyumbang kedua terbesar diperoleh hasil pelaburan sekuriti hutang terutama bon Islam sebanyak 10 peratus,” katanya.

Khamis, Januari 27, 2011

RM100.00 Sahaja

Tahukah Anda ...

Dengan hanya menyimpan RM 100.00 sebulan dengan Pelan Simpanan Haji MAA Takaful, Insya-Allah, anggaran simpanan anda adalah sebanyak RM 30,000.00, dimana simpanan selama 10 tahun.

Jadi, bagaimanakah ini boleh berlaku ...?
Hubungi kami di Agensi Ikhwan.

MAA Takaful

"We Do What Is Right"

"Tertakhluk kepada terma dan syarat yang perlu pencarum patuhi. Ini hanya illustrasi jualan sahaja, sila
hubungi Agensi Ikhwan untuk maklumat lanjut. Dapatkan nasihat konsultan anda terlebih dahulu"

Jumaat, Januari 21, 2011

Agensi Ikhwan - Kota Kinabalu

Memperkenalkan Agensi Ikhwan Cawangan Kota Kinabalu.

46 Penyakit Kritikal

MAA Takaful Bhd
operator takaful pertama menawarkan perlindungan 46 penyakit kritikal kepada pelanggannya. Pertambahan sebanyak 10 jenis penyakit kritikal lagi daripada 36 penyakit kritikal yang ditawarkan sebelum ini. Juga ditawarkan Pengecualian 46 Penyakit Kritikal.
Tahniah MAA Takaful
"We Do What Is Right"

Isnin, Januari 17, 2011

Sekitar Seminar Perancangan Haji 2011

Seminar Perancangan Haji, Haji dan Anda, Takafulink Hajj yang berlansung pada 16 Januari 2011 di Hotel Lead View Seri Manjung oleh MAA Takaful Agensi Ikhwan Seri Manjung. Perjalanan majlis lancar dengan sambutan yang agak memuaskan daripada tetamu yang hadir. Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir. Agar ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat pada masa-masa akan datang.

Khamis, Januari 13, 2011

Seminar Perancangan Haji 2011

Pengagihan Unit bonus & Dividen 2010

MAA Takaful mengumumkan pengagihan Unit Bonus/ Dividen bagi Dana-Dana Berkaitan Pelaburan MAA Takaful untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 seperti berikut:

1. Shariah Growth Fund: 16 unit percuma per 100 unit, pulangan sebanyak 21.82%
2. Shariah Balanced Fund: 13 unit percuma per 100 unit, pulangan sebanyak 16.69%
3. Shariah Income Fund: 2.0 sen untuk setiap unit pegangan, pulangan sebanyak 5.44%
4. Shariah Flexi Fund: 9.2 % (dalam tempoh 3 bulan pelancaran)

Ahad, Januari 02, 2011

Perjumpaan & Taklimat 2011

Diantara konsultan yang hadir untuk perjumpaan dan takilmat 2011 Agensi Ikhwan. Kehadiran konsultan yang berada dari sekitar Seri Manjung. Masing-masing memasang niat untuk tahun 2011 dalam mencuba sedaya upaya mencapai Contest Lambaian Umrah 2. Penerangan matlamat agensi untuk 2011, taklimat contest Bali, contest Lambaian Umrah 2 dan contest Los Angeles.

MAA Takaful 2011 Contest